Monday, March 5, 2012

Hot Air Balloon Fiesta

Hello! Harini nak cite pasal upcoming event yg ada ni. Last year tak dapat pergi pun. Berminat nak pergi tapi tak tahu pun event ni bila ape semua. Yeah ini lah dia 4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta!


Event berlangsung selama 3 hari. 3 ke 4? Tah la sama je. Haha. Dekat Putrajaya. Kalau nak tau lebih lanjut, kunjung la website mereka. Sika tekan SINI

Aku excited nak pergi, dah lama tak tengok hot air balloon ni. Time kecik2 je pernah tengok. Aku pernah tengok blog2 orang, ade belon darth vader la, doremon la. Macam2 jenis, warna dan bentuk hot air balloon tu. Mesti comel.

Tapi yang parah nya kena datang awal la. Menurut apa yang orang cakap, nak tengok kena datang awal. Sebab kul 7 pagi camtu, dah start nak terbang belon tu.  Kang kalau terlambat, belon tu tah kemana nanti. Parah siot nak bangun pagi nak pergi. 

Tapi aku nak jugak tengok! Kang festival tu macam2 barang kot dia jual. Kalau malam, time weekend, ada glowing punya balloon. Lawa gila. Pengunjung pun dapat naik belon2 tu semua. Ada tiket dia RM10. Tapi kena pergi awal la. Sebab memang selalu orang datang pagi2 dah beli tiket tu. Memang cepat sold out :D

Macam2 aktiviti disediakan. Banyak booth jugak. Lagi2 time tu tengah cuti sekolah. Mesti ramai gila family2 datang. 


Tak sabar nak menggunakan gadget2 yang ada. Especially camera lomo aku. Yeah my baby dah lama tak berkhidmat sebab ketiadaan makanan beliau (stok film). Boleh guna DSLR yang sedia ada. Harap2 cuaca cantik.

Bagi sesiapa yang sangat gilakan photography, rasanya semua akan sanggup turun padang datang kat fest ni. Memandangkan aku pun minat, memang kena pergi. Kah kah kah. Insyaallah nak pergi nanti. Dekat je pun. Wehoo :)

Saturday, March 3, 2012

Adrenaline Rush


Masihkah anda ingat entri Minor Heart Attack yang lepas? Yeahhhhhhhhh pasal Avenged Sevenfold nak datang apa semua tu. Venue & harga tiket semua dah official. Bagi siapa yang tak tau lagi, tiket semua dah tukar harga. Then venue pun dah bertukar. Mula2 buat dekat Stadium Negara, sekarang dah tukar Sunway Lagoon Surf Beach pulak.

Sabtu lepas tak silap aku masa Hitz Birthday Bash dekat Bukit Jalil tu, dah start presale untuk pengguna tune talk sahaja. Dapat 30% discount. Gila untung. Memang jauh lebih murah berbanding harga biasa kot. Haish, aku tengok dekat twitter @A7Xmalaysia, bernanah je mata aku tengok dorang dok post gambar tiket.

Semua kemain Tune Talk Zone lagi. Gila babi betul. Semua dapat murah. Jealous gila. So start Ahad lepas, harga tiket still ada discount early bird 20%. Memang untuk semua orang. Available sampai esok je (4 Mac 2012). Discount pun kira untung jugak kot sebab banyak jugak harga tu dia tolak. Cepat2 sebelum terlambat! Beli lah dekat Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store outlet di Malaysia. Ni semua info tentang kat mana zone2 yang korang nak, harga tiket semua.





 Then dalam seminggu ni, rasa macam nervous dan anxious tahap dewa, asik ternampak manusia2 ni update gambar tiket. Aku nervous takut sold out. Sebab tiket tengah murah. Aku memang target nak Rock Zone je. Tune Talk Zone mahai sangat. Aku pun memang cukup syarat je. Asalkan dapat tengok pun jadi.

Kekadang sedapkan hati sebab ramai orang dok target Tune Talk Zone dengan Regular punya zone. Setakat yang aku nampak la. So kurang la risau aku sikit. Hahaha. So harini, aku dengar Nuar gerak gi Rock Corner KLCC. Tengok dalam senarai, ramai gila yang tulis nama nak pergi A7X. Aku cuak gila.

NASIB, tiket untuk kami masih ada. Tak sold out pun! So Nuar belikan dulu, dapat la discount 20% tu. Seronok! Akhirnya ada jugak dalam tangan sendiri. Lega gila. Terima kasih Ya Allah! Janji bila dah ada tiket kat tangan, memang bersyukur gila babi wa cakap lu. Esok aku gi teman tacha lak beli tiket. Maybe kiteorang pergi bertiga nanti.


Harap2 lah takde masalah 29th april ni. Aku memang berharap sangat dapat tengok dorang secara live. Pengalaman sekali seumur hidup. Memang tak pernah sanggup buat perangai beli tiket bagai untuk artis oversea yg dtg. Ni 1st time. Selalu tengok pun yang free je. Haha. Ya Allah, permudahkan la urusan aku pada hari tersebut. Amin.

Tak sabar pun ada. Tertanya2 lagu apa la dorang bawak nanti. Macam mana keadaan dia semua.Yang penting syukur sebab tiket kat tangan. Ok bye! :)

Friday, January 27, 2012

Kelas Pertama


Assalamualaikum para blogger jaya sekalian! Macam entri semalam, aku dah bagitau kan, harini aku dah start kelas pertama untuk degree aku. FINALLY, ada jugak lah kelasnya setelah 3 minggu aku tunggu dari time register tu. Pagi2 aku dah pergi Shah Alam walaupun kelas petang. Haha. Ok aku dah official memang amik Bachelor In Medical Science under faculty International Medical School.

Aku pergi settle hal MARA semua tu, Tu aku datang awal. Lepak2 dan makan dengan wani. Ok kelas aku start pukul 2.30 kat Physiology Lab Level 11. Aku pergi dengan Wani, dah wani nak teman kan. Duduk jela depan lab tu. sambil memandang a few staff lab dengan IMS yang comel lote tu haa. Haha

Jam dah menandakan 2.45 petang. Aku macam alaaaaa kena prank ke hape ni. Takde sorang pun yang ada depan lab tu yang menunjukkan dorang ada class yang sama dengan aku. Memang tunggu punya tunggu, datanglah seorang lelaki memasuki lab tersebut. Berbadan sasa, tinggi orangnya. Aku dah agak mesti lecturer. Aku cam cuak nak masuk.


Yaya Jakuan takde! Patutnya dia ada pergi kelas. Tapi dia poyo! HAHA. So dengan kekuatan yang ada, aku melangkah la masuk ke lab tu dengan penuh debaran yang tak tau nak dicakap camne tah. Haha. Rupanya, aku sorang je ada. Menunggu selama setengah jam k. YE AKU SEORANG. Bukan berdua, bukan bertiga, tapi SEORANG DIRI. Aku syak ada a few student yang tak tau ade class time tu.

Ni adalah kelas untuk subjek Career In Health Science

Dan mula lah lecturer tersebut, dikenal sebagai Mr. Faizul kot nama dia. Aku tak pasti. haha. Dok tanya nama aku, duduk mana, mana yang lain ape semua. Aku mana la tau classmate baru ni. Ternyata banyak budak dari luar yang aku tengok masa register dulu. Ni dialog kami.

Mr. F : Nama siapa ye?
Aku : Shazana. Boleh panggil Nana je.
Mr. F : Kamu asal mana? Tinggal mana?
Aku : Asal Balakong, tapi kalau kat Shah Alam duduk dekat TTDI Jaya
Mr .F : Kamu dari universiti mana? Umur berapa? 
Aku : Oh saya tahun ni 20. Lepasan FMS MSU ni. Hehe

Mr. F : Kamu kenal classmate yang lain? Macam takde orang je ni. 
Aku : Tak kenal sir. Saya kenal kawan saya sorang je. Time register pun saya tengok macam tak ramai. 
Mr. F : Kamu amik berapa subjek ni? Saya pun baru dapat tahu semalam kena ajar kamu semua.
Aku : Saya amik 2 subjek je. Saya pun dapat call semalam suruh datang harini.

Tengah dok sembang2 ngan lecturer tu, orang kedua masuk. Aku tak kenal, aku cuma memberi senyuman je. (langkah nak buat kawan) Hahaha. Then lecturer interview dia. Budak PTPL rupanya tapi dah berumur 26 tahun. Sebaya abang aku dah. Tapi sanggup lagi nak belajar. Bagus la camtu.

Then orang ketiga lak masuk, yeahhhh klon Juliana Evans ok. Rupanya former classmate aku mase aku short sem time foundation. Sofiah nama dia. Satu group english dengan dia. Lawo gila dia. Tak sangka lak dia masuk BMS intake sama.


Last2, lecturer penat nak menunggu, "Saya nak bagi kuiz". Aku macam WHAT THE F gila. Tak belajar apa, tetiba dah kuiz? Ade 4 soalan dia bagi. And die suruh buat resume sekali. Hantar dalam masa setengah jam. Gila bai.
  1. What is the definition of career? (2M)
  2. Explain the profession in allied health science? (10M)
  3. Why soft skills are important? (4M)
  4. What are the errors that cant be in curricular vitae? (4M)
Aku kelam kabut la jawab. Lecturer keluar, aku tiru la sesikit. Sofiah google ape semua. Haha. Yela, dah tetiba quiz. Memang terkejut la. Kiteorang boleh jawab n tukar2 jawapan. Hahaha. Resume pun buat cincai je tulis tangan kot dia nak. haha.

Sir tu asik dok tanya aku itu ini pasal bebudak lain, aku mana la tauuuuuuuu. Tapi dia asik attack aku je. Arghhh asal dari sekolah sampai masuk U cikgu dan lecturer suka attack aku walaupun aku tak buat salah? Kenapaaaa? HAHA. 

Aku cerita kat member aku semua, semua member2 aku Billa Tasha Alyaa dok membahan aku, aku akan jadi class rep. Datang awal kat kelas la, hapela. Ade calon jadi class rep la. Cam celaka sekor2. Haha. Class rep tanggungjawab berat jugak. Ibarat ketua kelas la. Aku tak rasa aku seorang yg bertanggungjawab kan. HAHA. Tapi kelebihan dia, lecturer kenal kita siapa. Kalau nak tolong pasal markah ke ape ke, mungkin boleh dipertimbangkan.

Then dah siap semua, sir bagi balik. Yg akak tu panggil dik nak number. Senang nak contact kalau ada apa2 pasal class ke kan. Nama dia Amy. Dia cakap la, class2 yang ada ni buat dekat bangunan mana apa semua. Die pun buadak baru kt MSU. Dah ada kawan baru ye cik Nana kita ni. Hahaha

Selalu aku penyegan sikit haa. BTW, classmate aku semua ada 7 orang. SEMUA PEREMPUAN. Yang datang tadi tiga orang je. Aku harap semua classmate yang ada ni, aku harap semua rapat la. Tak nak ada gaduh2. Harap2 semua sekepala. Gila2 macam aku. Mungkin long sem akan campur dengan senior. 

Sekarang ni tak leh cuci mata sangat, perempuan je semua kan. HAHAHA. Harap2, aku akan buat terbaik untuk degree ni. Doakan aku jadi ulat buku. TOLONG. Ok bye! :)

Thursday, January 26, 2012

Minor Heart Attack

Assalamualaikum semua. Tadi, lepas balik dari Shah Alam, aku tertidur sebab kepenatan. Haaa aku nak cerita la ni kenapa aku cakap minor heart attack. Pehhhhhhh bila dah bangun tidur, then dapat berita2 yang mengejutkan ni boleh mengundang kepada minor heart attack. Bukan sekali, malah dua cerita yang mengejutkan jantung dan hati aku.

Heart Attack Pertama
Sedang aku sedang tidur nyenyak, tetiba henpon aku berbunyi. Itupun dah terkejut beruk, siapa la yang call petang2 dalam pukul 4.30 camtu. Rasa nak marah pun ada. Mengacau aku tidur. Hahaha. Berkejar lah aku mencapai henpon aku. Aku tengok, haish num ni mesti MSU lah ni.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Noor Shazana? Esok class awak dah start eh. Pukul 2.30-4.30 petang kt Physiology Lab tingkat 11. Jadual kelas awak nanti saya update dalam KLAS system nanti". 

Aku pun redha. Waterfish!! Dah 3 minggu aku tunggu, baru nak call. Dah la esok, ingatkan minggu depan ke hape. Aku rasa macam sakit jantung lah kejap tetiba kelas esok. Yeah, esok kelas sebagai pelajar degree medical science sudah bermula. Wish me luck!

Heart Attack Kedua



Lepas dapat call pasal class, aku on lah twitter. Aku pelik asal A7X atau dikenali sebgai Avenged Sevenfold trending kat twitter. Then aku tengok mention, Tasha ngan Afif mention aku, kata A7X nak datang!!!!! Aku dok ingat depa berdua ni main2. Sambil aku tengah mamai2 sebab mengantuk campur terkejut kelas esok.

Aku macam fuck gila dohhhhhhhhh. Aku tak percaya, aku tengok trending tu. Jason Lo, owner TuneTalk sendiri cakap, akan bawak dorang nanti. Pada 29th April 2012 (Ahad) di Stadium Negara. So memang dah confirm mereka datang!

Siapa mereka? Pergi search google. Genre music dorang ni lebih kepada heavy metal, metalcore, hard rock macam tu lah. Haaaa lagu dorang ni la yang aku pakai dekat blog aku sekarang. Tak tukar2 pun haa dah berapa bulan tah. HAHA. Band members terdiri dari : 
  • M. Shadows - Lead vocal
  • Zacky Vengeance - Rythm guitar, backing vocals
  • Synyster Gates - Lead guitar
  • Johnny Christ - Bass
  • Arrin Ilejay - Drummer 
Alhamdulillah! Finally, they're coming to Malaysia. Setelah berapa lama peminat2 A7X ni dah tunggu. Berapa tahun dah tunggu. Dorang pergi Singapore, dorang pergi Indonesia, tapi tak pergi Malaysia. Peminat kat Malaysia ni siap buat petition bagai suruh dorang datang. Sekarang mimpi dah jadi kenyataan! Termakbul doa aku. 

Tadi macam nak kena heart attack lah cerita nya. Terus tangan menggigil, meremang bulu roma, sebab terkejut dan excited bila dengar dorang nak datang. Nak menangis pun ada. Sebelum ni rumours je, cakap dorang nak datang tahun ni. Tapi tak tau bila. Tiba2 dah umumkan camni, memang pehhhhhhh la ceritanya. 

Aku suka music dorang sebab bagi aku, suara music semua boleh diterima akal. Memang best. Memang aku salute lagu dorang, salute semangat dorang. Salute semua benda! 

Tadi aku dok tengok trending kat twitter, bebudak ni dok tanya "A7X tu ape? siapa?", "What's A7x? kenapa trending?" Tetiba sejam kemudian, semua dok update now playing - dear god la, so far away la, afterlife la. Tetiba dah minat. Tadi kemain tak tau siapa. Memang tah pape je. Stakat tahu 2 3 lagu je, baik kau pergi tengok konsert Justin Bieber k. Jangan nak tetiba baru kenal harini, dah mengaku minat gila babi bagai. *Just saying*

    

Memang sekarang, A7X will never be the same without The Rev. Band member yg mati dulu pada tahun 2009. Lagu yang aku pakai skrg ni la ditujukan untuk The Rev tu. Tapi, walaupun The Rev takde pun. Dorang still best lagi. Still mantap lagi show dorang. Tengok la show live dorang kt youtube.

Insyaallah, aku nak kumpul duit. pergi konsert dorang. Biar pun nampak dari jauh pun, aku sanggup. Janji dapat tengok dorang live, dapat dengar suara dorang. Ni peluang sekali seumur hidup. Sebab aku memang sanggup tak pergi mana2 konsert artis oversea yg dtg sebelum ni, sbb aku fikir aku tunggu A7X. Setia kan aku? :)

Aku tunggu yg lagi berbaloi untuk pengalaman seumur hidup aku. Dan aku rasa, aku memang tunggu dorang datang. Memang aku nak pergi. Harap2 takde benda yg melintang. Takde problem. Amin. Aku nak sangat tengok dorang. All hail Avenged Sevenfold \m/ \m/

Saturday, January 21, 2012

Happy 24th Burpday

Assalamualaikum and hello everyone! Semalam, jatuh pada 20 Januari 2012, adalah si birthday encik Anuar Azizan saya. Hehe. Genap lah usia beliau 24 tahun. Tak sangka aku kenal dari sekolah, masih awet2 muda lagi, sekarang dah makin tua gamaknya. Tapi muka maintain muda. Haha.

Semalam tak boleh la sambut sebab weekdays. Sehari sebelum birthday dia tu, aku plan nak bagi card dulu. Maklum la tengah tak masyuk. So aku just bagi handmade card yang aku buat sendiri. Tak sekreatif orang lain tapi aku buat secara rush takut tak sempat. Memang buat last minit. So card memang simple gila. Aku buat pop out card dengan ade 3D sikit2. Ni lah hasilnya selama sehari setengah.  Kepakaran darah anak seni yang tak berapa nak seni.

Bahagian hadapan
Belakang
Pop out card
Tu lah dia hasilnya yang tak seberapa. Ok, cerita pasal harini, aku dengan Nuar keluar. Pergi sambut birthday dia. Memang sambut sederhana je, just tengok wayang n makan dekat Pavi. Nuar belanja tengok wayang harini. patutnya aku, dah terbalik lak. Haha.

Ok, pengakuan yang nak dimengakukan ni, kiteorang sebenarnya dah lama gila k tak tengok wayang. Nak dekat berapa bulan dah rasanya. Haha. Disebabkan tahun ni banyak cerita best2, memang kena tengok. Tadi kami tengok cerita Underworld : Awakening


Dulu pun ade jugak kan cerita ni, Rise of the Lycans. Tapi seriously aku lagi prefer yang ni. Memang best la. Tak boring pun cerita ni. Nak tau sinopsis, pergi google. Tak pun tengok sendiri. Serious tak rugi la tengok cerita ni.Ada la a few part yang agak ngeri sikit. Picit jantung la, buat injection kat mata la. Omaidot! Haha.

Try la tengok. Tapi menurut ending dia, biasa lah kan, producer mesti mau untung, so mungkin most probably, cerita ni akan ada sambungan lagi. Harap sambungan dia best!

Lepas wayang, perut pun lapar. Wayang habis dalam pukul 4 camtu. Then kami pergi menuju ke Nandos yang ada! Aku saje je nak ajar Nuar makan benda ni sebab dia tak pernah try. Die ni memang tak makan fast food cam McD ke hape ke. Tu pening sikit. Hahaha.

We had lunch together (lunch ke?) dekat situ. Order 1/4 chicken dengan 2 sidelines je. Nanti perut bloated gila sebab chips dia memang banyak. Nuar pilih mild chicken. Aku pilih hot. Haha. Pedas sial, nasib tak mintak extra hot. Aku rasa mau berak berdarah nanti.

Birthday boy
Bon appetite

Mine!

Aku dah berjaya pengaruh nuar makan kat sini. Haha. Dia kate not bad n ok lagi dari kenny roagers. Sebab dulu time puasa, kan ade berbuka ngan nuar tasha wani kan. Makan kenny roagers nuar tak puas hati gila. Ayam kecik bagai. Haha

Then after makan, kiteorang jalan2 cari pasal. Harini memang simple je. Tak buat ape pun. Sambut sederhana je. Hehe. But im so happy today :)


Oh saya
So itu jelah nak dikongsikan. Btw, happy birthday to Anuar Azizan. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Takde hadiah yang  tahun ni, cuma dapat belanja makan dan kad buatan sendiri je kali ni. Hehe. Tapi hari2 pun birthday kan sebenarnya, boleh sambut lagi. Haha. May you be blessed with happiness, joy and success. May all you dreams come true, I'll always be with you. Love you and take care! :)

Wednesday, January 18, 2012

Meminta Dan Memaksa

Assalamualaikum semua. Lama ke I tak update blog? Tak la kot. Kot la. Hehe. Harini tajuk entri meminta dan memaksa. Apakah? Aku saje nak share2 situasi yang selalu dilalui oleh aku. Mungkin korang pun mesti mengalami situasi yang sama.


Aku nak cerita pasal kisah2 peminta sedekah yang makin lama, makin ramai dalam masyarakat kita. Bukan sorang dua orang, makin menjadi2 ramainya. Kes macam ni dari dulu dah ada, tapi cuma sekarang, makin tak dapat dibendung.

Banyak yang jadi orang buta, terbaring tepi jalan, kaki takde, golongan kanak2 kecil dan sebagainya. Sekarang ni, dekat kedai2 makan pun selalu ada. Dekat pasar malam tak payah cakap la, lagi ramai. Mana2 kita pergi mesti ada.

Kalau sesiapa lah yang selalu melepak dekat KL, area2 Bukit Bintang, Sungai Wang dengan Times Square, perasan tak kalau time kita tengah makan mesti akan datang orang buta jual tissue. Tak sampai satu jam makan kat situ, dah ade 3 ke 4 orang datang. Kekadang nak makan pun tak senang.

Bukan jijik ke tak suka ke, tapi sebab tension takde duit nak bagi. Abis kalau dah 10 orang datang, tak kan RM10 nak hilang camtu je. Kopak lah gitu. Kadang2 rasa simpati jugak kat dorang. Mereka cari rezeki dengan cara yg macam tu. Jual tissue, dengan buta nya. Dengan panas teriknya. Tapi nak buat camne, setiap masa nak bagi pun, tak boleh jugak ye.

Yang aku peliknya, hari2 orang yg sama, tak tau lah ade sindiket ke, ade agen ke yang menghantar dorang ni. Sebab aku pun macam hampir mengenali orang2 yg selalu jual tissue tu. Haa cemano?


TAPI DISEBALIK KES-KES CAMNI, ADE JUGAK YANG BERANI NAK MENIPU !! 

Yang ini aku nak marah ni. Meh aku cerita kan antara dua pengalaman yang buat aku marah ni. Maksud aku ni, pura2 jadi peminta sedekah. PURA-PURA semata k. Sedangkan elok fizikalnya tiada cacat cela, sanggup 'mencacatkan' diri sendiri. (Berlakon menjadi cacat, buta & sebagainya). 

Dulu, mase aku gerak nak pergi Pasar Seni, sedang2 aku tengah tunggu Nuar kat train LRT tu, adelah sorang pakcik ni dalam lingkungan umur 40 macam tu. Berjanggut kambing sikit, pakaian ala2 kasual, kacamata hitam disangkut atas kepalanya ala2 macho sambil memegang tongkat orang buta, tapi tak buta. Ok fine, dalam kotak fikiran mengatakan mungkin tongkat tu nak bagi kawan dia, ataupun saja untuk sebat2 libas2 orang yg ada.

Kemudian, dia turun escalator. Sesudah turun, die memakai kacamata nya sambil berjalan, dia bertindak serta bergaya sebagai orang buta sambil tangan dihulurnya untuk meminta sedekah. Tangan yang meminta dengan selamber walaupun diri tak secacat mana. Sempurna Allah jadikan. Tapi, meminta dan memaksa.

Ramai gak yang tolong dia lintas jalan pebenda semua, tapi sedangkan dia normal! Aku lak yg tension. Alhamdulillah masih ade manusia yang baik nak tolong org buta. Tapi tu tak buta pun. Kalau dorang tau pakcik tu cemana, mungkin dorang sendiri dah tolak pakcik tu kena langgar bus. Haha


Dekat gerai makan seksyen dua Shah Alam tu, budak2 mintak sedekah. Bila tak nak bagi, kerek gila marah tak dapat duit. Meminta & memaksa.

Macam harini, aku dengan Wani makan dekat Restoran D'Lawang area2 MSU tu. Sambil tengah makan2, ade seorang makcik ni, tua dan tak bermaya. Datang seperti manusia yang tidak sempurna jalannya, kelihatan cacat, dan tak berdaya nak berjalan sedang masuk ke dalam kedai makan tu. 

Datang ke meja kami meminta sedekah hanya RM1 yang dimintanya. Dengan nada meminta dan memaksa nak duit. Kami tak bagi pun. Nak tahu makcik tu cakap apa? "Takpe duit takdo la tu". Amboi kemain, nak cakap aku miskin dari kau ye? Nak tau jugak kenapa aku tak bagi? Sebab makcik ni la, yang aku tasha alyaa wani jumpa mase kiteorang makan dekat Restoran Barra Seksyen 7 Sabtu lepas!

Macam mana die travel sampai ke area MSU? Macam mana? Yang aku nak marah ni, lepas dia keluar kedai tu, elok je dia berjalan. Takde bengot2 menunjukkan cacat tak larat ke apa. Memang sialan lah ceritanya. Macam ayah aku cakap, sebenarnya meraka yg fake2 ni, berjaya meraih simpati orang ni, semua lagi kaya dari yang memberi sedekah tu.

BETUL KE TAK? Sebab cuba kira eh, kalau satu kedai makan dah dapat RM10 dari sorang, cuba kedai2 makan yg lain pulak. Kedai makan kat Shah Alam pun banyak, boleh agak tak pendapatan dia sehari berapa? Kalau dia pergi dua tiga kali trip? Lagi kaya ok dari aku kerja dekat Secret Recipe tu wa cakap lu. 

Makcik tadi tu pun aku rasa mampu naik teksi nak merantau. Dari seksyen 7 boleh sampai ke MSU. Jauh gila jalan. Macam ape lah sial. Daripada penat nak ulang alik jauh tu, dah sama penat dah sebenarnya dengan bekerja secara normal. Baik kerja kan????

 

Kadang2 kesian la tengok orang camni, tapi cuba fikir balik, dah alang2 baik cari kerja. Masih banyak peluang pekerjaan yang ada. Masih banyak kerja yang halal. Kerja kilang ke, sapu sampah ke, tu lagi mulia kalau nak kerja menipu macam ni. Kalau selagi ade kudrat yang Allah bagi, cari kerja, meminta sedekah bukan jalannya.

Aku lagi prefer orang yang buta selalu jual tissue tu. Ataupun sorang buta bermain alat muzik die tepi jalan macam dekat Jalan TAR, Masjid Jamek semua. Atleast ku takde terkilan sangat nak sedekah pun. Itu lagi ok sebab ada effortnya, kira kau bekerja jugak. Bukan sesuka hati je miminta sedekah. Kalau yang takde kudrat tu, aku faham la. Itu memang menyedihkan.

Tapi yang aku baran yang sihat walafiat tu? Masih ade tangan kaki, masih sempurna penglihatan, masih sempurna segala-galanya. Tapi kenapa nak menipu macam tu? Kalau betul2 jadi cacat nak ke? Kalau betul2 jadi buta nak ke? Allah bila2 masa boleh tarik benda tu semua. 

Tu lah kehidupan orang sekarang nak cari duit. Leka bila dah dapat banyak duit, salah dan silap pun kita tak sedar. Memang zaman sekarang duit pun dah jadi segala-galanya, tapi nak cari duit pun biar berpada.

Harap-harap entri aku ni boleh la dijadikan iktibar untuk aku dan semua orang betapa pentingnya cari rezeki halal. Nak rezeki kita sendiri kena berusaha dan berdoa. Haa yang korang lak jangan cecuba nak jadi peminta sedekah lak ye sebagai alternatif. Banyak lagi cara lain. Peace!

Ok itu sahaja. Bye! :)

Friday, January 6, 2012

Muda Cuma Sekali

Semalam pada petang yang dingin, tengah takde keje, aku bukak lah blog aku. Usha entri lama2, tengok semua macam kelakar pun ada. Tak sangka dulu aku kreatif menulis blog dari sekarang. Haha. Tengok kenangan lama, dalam tiga tahun lepas. Time tu aku tengah Form 5.

Seronok tengok2 kenangan waktu sekolah dimana time tu dunia terasa happy je. Walaupun SPM masa tahun 2009 tu, mmang seronok. Takde masalah nak fikir pun. Datang sekolah, cuma belajar, waktu rehat, belajar, balik rumah, buat homework, tidur.


Memandangkan budak2 baru start sekolah kan, semua macam merungut sekolah boring lah, ape lah. Dulu pun aku macam tu, konon tak sabar nak tamatkan zaman persekolahan. Lepas sekolah, amik kau, tahu lah camne hidup. Tak senang macam masa sekolah. Trust me.

Time belum masuk belajar tu, memang tengah bahagia lagi tau. Cuba nanti dah masuk universiti ke, kolej ke, mana2 pusat pengajian tinggi, tau lah problem camne. Macam2 nak fikir, ahlong PTPTN lagi, exam, quiz, presentation, duit belanja, semua benda tu kena fikir sendiri tak setension PMR SPM k? Haha. Di saat camni lah, baru kau tau seronoknya alam persekolahan.


Bukan tak seronok masuk universiti, memang seronok. Kita dapat timba pengalaman baru, kawan2 baru semua, hidup bebas, tiada siapa2 mengongkong. Tapi disebabkan masalah2 lain macam aku senaraikan tadi, kita sendiri boleh sakit jiwa i tell you. HA HA HA

Banyak kenangan masa sekolah2 dulu semasa berumur belasan tahun. Aku cuma pelajar yang biase. Tak terlalu baik, tak terlalu jahat. Time tu lah nak menyetan, time tu lah nak tidur dalam kelas, time tu lah tak buat homework, time tu lah nak ponteng sekolah, kena kejar cikgu. Typical punya perangai student.

Time tulah kau potong katak, masuk macam2 pertandingan, involve macam2 aktiviti walaupun sakai. Tapi keseluruhan nya aku seorang pelajar yg kasut nya sangat putih kerana tiap2 minggu kapur kasut. Muahaha.

Time sekolah kaya, dapat duit belanja pun sanggup tak makan. Simpan duit. Tiap2 minggu boleh joli, boleh beli macam2. Sekarang? Hampehh. Bila tak duduk dengan parents, semua nak kena bayar, nak beli barang disukai pun kena fikir dua tiga kali. Semua nya SENDIRI. Itulah fasa2 nak melangkah ke peringkat lain.


CAN YOU GUYS SEE THAT? WE WONT  BE YOUNG FOREVER. Sebagai hipotesis, semakin meningkat tahun, semakin itulah kita dimamah usia. Semakin dimamah usia, semakin rindu usia muda. Macam aku.

Bila tengok diri aku ni, pejam celik umur nak dah nak 20 tahun. Aku ada masa 6 bulan lagi nak menghargai umur belasan tahun aku. Macam tak percaya. Sedangkan aku rasa macam semalam baru aku 18 tahun. Kalau boleh memang nak kekal umur 18 tahun selamanya. Sebab time tu paling best. Baru masuk U, baru merasa bekerja, shopping dengan duit sendiri, tak tension ape2. Time tengah sekolah pun best.

Lepas ni dah takde belas2, lepas ni umur dah start puluh2. Takde istilah belas2 lagi dalam hidup. Tapi aku happy, insyaallah dah bersedia untuk menempuh ke alam lebih dewasa. Sebab kita hidup dengan memandang kehadapan, bukan ke belakang.

Hargailah umur yang ade sekarang ni, buat perkara2 berfaedah. Lompat setinggi langit, lari selaju cheetah selagi mampu, enjoy hidup yg ada, maintain sederhana jangan riak jangan takbur dan paling penting jangan lupa yang Maha Esa. Biar dimamah usia, tapi kalau sekali sekala maintain jiwa muda ape salahnya. Sekian terima kasih :)

Tuesday, January 3, 2012

Perjalanan Baru


Assalamualaikum semua! Ok, today i went to my 'beloved' campus, MSU. Hahaha. Aku nak jumpa dengan kaunselor nak settle pasal degree aku. Nak tanya bila daftar, loan, bla bla bla. Banyak benda lah nak uruskan. Kali ni, aku uruskan dengan sendiri. Selalu ayah akan ikut runding sekali. Mungkin dia nak aku berdikari sendiri agaknya. Haha.

Kaunselor aku bagi program structure, borang register, brochure course yg aku nak amik. Haaa, ok aku lepasan Foundation Medical Science dekat MSU jugak. So aku continue jugak kat situ, then aku sambung degree terus. Course yg aku nak sambung ni Bachelor in Medical Science. Course ni, boleh pergi ke arah doktor ke, physiotherapy ke ape la anything la dalam health sc atau medical line.

So kalau aku ade rezeki, result baik, pointer cukup, aku nak continue lah amik degree doktor perubatan. Course ni selama 3 tahun je. So lepas tu sama ada jump terus ke tahun ketiga MBBS (Bachelor medicine & surgery) tu, takpun amik course2 lain lah. Tapi aku macam nak doktor tu. Doakan aku!


Aku tak nak give up lagi. Aku akan try cuba macam mana cara sekali pun. Aku pun dah tengok program structure dia. Semua macam 18 credit hour satu sem. GILA banyak. Tengok macam banyak subject membaca la. Kalu mengira2 ni, aku sumpah memang allergic tahap gaban. Puhleaseeee la. Math dengan aku tu, ibarat kena ulat bulu kat badan, pastu gatal k. Hahaha

Ni lah subject untuk year 1. Insyaallah aku boleh buat. Malaysian studies dengan Islamic studies aku dah pernah amik, so rasanya boleh drop dah. Hehe.  


So nanti akan start dengan short sem. Tu la yg tak pasti, subject ape nanti akan diamik. Sebab short sem dalam program structure tu Malaysian Studies dengan Islamic Studies. Tapi aku dah amik. Nanti lah kot dirunding.

Start daftar Isnin depan. Kena ready kan macam2 document nak hantar. Harap2 nak daftar nanti pun takde masalah. Nak daftar pun ade discount sebab aku student kt situ dulu kan. Hehe. 

Ni lah perjalanan baru yg aku akan lalui untuk tahun 2012 ni. Sambung belajar degree pulak. Perjalanan yg bakal menentukan masa depan aku nanti. Maksudnya dari segi kerja semua nanti. Takut dan nervous. Tapi dalam masa yg sama excited sebab aku dah lama menganggur. Muahaha.

Aku tak kan give up mencuba lah. Hehe. Aku pun nak berjaya, aku dah berniat dari kecik nak tolong orang,  tak kesah la course ape, tapi dalam medical line. Kalau rasa nak capai satu cita2 tu, try lah usaha. Jangan give up. Teruskan perjuangan. Jangan sebab benda2 kecik, kita senang jatuh. Terus bangun, terus bangkit. Insyaallah. Harap2 aku dapat capai ape yg aku nak. Amin. Doakan aku berjaya. :)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year! :)


Today 1st January 2012. Yes it is, 2012! Akhirnya sampai jugak ke tahun baru 2012 ni. Dan berakhirla tahun 2011. There's no more 2011 in the future. Hanya dalam memori je .

Ini entri aku yang pertama untuk permulaan tahun baru ni. So how's your New Year's Eve? Best? Korang pergi sambut dekat mana? Ade yang pergi The Curve la, Skate Rock New Year Fest la, KL bla bla bla. Mesti best kan? :)

Diharapkan permulaan 2012 ni, memberi korang semangat untuk menjalani kehidupan pada tahun ini. Dan doakan lah aku lebih rajin pada tahun ini supaya banyak update ape2 post dekat blog ni ok? Haha. I hope 2012 is a year of happiness and success. May Allah bless us.

Selamat menyambut tahun baru. Take care guys :)

Friday, December 30, 2011

Good Bye 2011, Welcome 2012! :)

Hello! Today,this post might be the last entry for 2011. And today also is the last friday for 2011. Yeahhh we're gonna move on to 2012. Excited pun ada, takut pun ada, masih banyak lagi yg perlu ditempuh untuk tahun2 akan dtg. Lagi2 2012.

Walaupun tahun 2011 nak berakhir, jangan lah lupakan macam tu je. Banyak kenangan2 termanis dan termasam untuk aku pada tahun 2011. Tahun 2011 banyak mematangkan aku dan mengajar aku erti persahabatan, kecekalan, kesabaran dan sebagainya.

Kenangan manis 2011 memang terlampau banyak untuk aku. Ade macam2 yg berlaku. Paling best time birthday aku. Hangout dengan kawan2 masa birthday, dapat camera lomo sendiri. Memang seronok! Dapat jalan ke negeri orang. Konsert Suara Kami dapat jumpa Nelly, liyana fizi. HAHA. OctTweetFest, RTW semua. Nak senaraikan pun tak mampu.

Samalah macam kenangan pahit, setiap tahun ade kenangan yg tak berapa nak enak kan. Banyak sebenarnya, tapi Alhamdulillah, saya masih kuat lagi dan bertahan sampai akhir 2011 ni! YEAH. Haha

2012 ni banyak perkara yg akan terjadi. Start masuk degree, lepas tu banyak event yg best. Band2 artist2 yg best datang. Oh tidakkk sakit kepala kejap. Haha.

Mengharapkan 2012 lebih menggembirakan. Takde azam pun. Sebab bila rasa2 nak buat tu, terus buat. Azam baru tak semestinya tiap2 tahun baru kan? Hari2 boleh berazam kan? Hehe. Perbetulkan diri kita yg tak betul, belajar menerima kesalahan, Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua pada tahun 2012. Amin.

Thanks and good bye 2011. Say hello to 2012. 2012 is the new chapter to begin. HAPPY NEW YEAR GUYS! :)